Aktiviti Minggu Bahasa Arab

KHAMIS, 4 NOVEMBER 2010 - SURAU SPABSB
Posted by Azwa

Salah satu aktiviti yang diadakan di SPABSB ialah aktiviti minggu bahasa arab yang diunkayahkan bersama oleh Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan At-Tarbiyyah Ad-Diniyah. Majlis diadakan di surau SPABSB dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya dan dirasmikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati bte Ahmad.

Acara berlangsung selama 2 hari, yang mana pada Hari Khamis telah berlangsung aktiviti berlakon dalam bahasa arab dan kuiz terbuka kepada guru-guru. Manakala pada Hari Sabtu diteruskan lagi dengan Pertandingan Nasyid dan Kuiz Imla'.



Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad dan pengumuman keputusan dibacakan oleh Ustazah Martiniwati binti Hj Ahmad.

penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SPABSB
Pemenang aktiviti berlakon (hiwaar) dalam bahasa arab
(1) kumpulan 5 'at tasawuk fil maktabah' 89.5%
(2) kumpulan 2 'fil mat'am' 89%
(3) kumpulan 6 'at tasawuk fis suk' 87%

Pemenang pertandingan nasyid
(1) kumpulan 3 'the choosen one' 87%
(2) kumpulan 8 'subhanallah' 84%
(3) kumpulan 4 'barakallah' 83%