Sambutan Hari Raya dan Hari Guru

SABTU, 30 OKTOBER 2010 - SURAU SPABSB
Artikel dan Photo oleh Azwa Crew

SPABSB hari ini telah mengadakan sambutan hari raya dan hari guru secara serentak. Walaupun bulan Syawal sudah lama berlalu namun kemeriahan majlis tetap dapat dirasai.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ust Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim dan Doa Selamat oleh Nur Farhana bte Hj Abd Latif prefek murid dari Tahun 6 Fiddhi.
  

Acara diteruskan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Pengerusi majlis Cikgu Asdnawati bte Hj Bidin dan diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati bte Ahmad. YDP murid Nur Atiqah bte Asmadi juga menyampaikan sedikit ucapan khas pada majlis tersebut.

YDP murid Nur Atiqah bte Asmadi ketika memberikan ucapan
Beberapa persembahan menghiburkan berjaya menarik perhatian murid-murid dan guru-guru diantaranya; lakonan hari guru, persembahan medley lagu-lagu hari guru dan hari raya yang telah dipersembahkan oleh gabungan murid-murid Tahun 5, 6 dan murid-murid asrama.

barisan pelakon gabungan murid tahun 5 dan 6
persembahan medley lagu-lagu hari guru
Pada majlis tersebut juga diadakan beberapa penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada guru-guru dan diselajurkan dengan majlis perpisahan kepada bekas tenaga pengajar dan kakitangan SPABSB.

Sebelum beredar keluar, murid-murid bersalam-salaman dengan guru-guru perempuan dan aktiviti cabutan nombor bertuah diadakan ketika menikmati jamuan.



Penerima hadiah Guru 'Favourite'
Cikgu Irma Suryani bte Hj Metussin
Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim

Penerima hadiah Guru Tersayang
Ustazah Norhaslina bte Siadi
Ustaz Khairul Alimin bin Hj Rashid

Penerima hadiah Guru Teladan
Cikgu Asdinawati bte Hj Bidin
Ustaz Azman bin Haji Jaya
Ustazah Hjh Norainun bte Hj Samsu
Ustazah Hjh Rosfariza bte Hj Khanafiah
Ustaz Khairul Alimin bin Hj Rashid

Guru Teladan Ustazah Hjh Rosfariza bte Hj Khanafiah
Penerima hadiah Daftar Tahdir Ad-Durus terbaik
Cikgu Munirah bte Hj Ismail
Cikgu Hjh Rabihah bte Hj Abidin
Ustazah Hariyati bte Jaludin
Ustaz Azman bin Haji Jaya