Mengembalikan Borang Pendaftaran Murid

KHAMIS, 21 OKTOBER 2010 - SPABSB

Perkara-perkara yang perlu disertakan semasa mengembalikan borang pendaftaran murid;

1) 4 keping gambar terbaru berukuran pasport (memakai tudung)
2) 4 keping salinan surat beranak/kad pintar/sijil kerakyatan murid.
3) Surat menerima/menolak tawaran belajar ke Sekolah Persediaan Arab bagi tahun 2011M/1432H

Wang tunai sebanyak $71.20 (Tujuh puluh satu ringgit dua puluh sen sahaja) bagi keperluan berikut;

1) $32.00 - Buku tulis keluaran Sekolah Persediaan Arab BSB
2) $18.00 - Kain seragam sekolah ($9.00 X 2)
3) $11.00 - Baju sukan Sekolah Persediaan Arab BSB
4) $ 7.00 - Lencana sekolah jenis kain ($3.50 x 2)
5) $ 2.00 - Alas meja murid
6) $ 1.20 - (lace) kain tudong ($0.60 X 2)