Saringan Hafazan Surah Yaasin

SELASA, 31 OGOS 2010 – SURAU SPABSB
Artikel oleh Neena Foto oleh Suzy

Jabatan Al-Quran dan Matematik SPABSB buat sekian lamanya telah mengendalikan pertandingan menghafaz surah yassin bersempena dengan sambutan nuzul al-quran yang akan berlangsung tidak lama lagi.

murid-murid sedang menunggu giliran masing-masing

Penyertaan murid-murid yang begitu memberangsangkan menyebabkan beberapa saringan perlu diadakan untuk memilih wakil penyertaan pada pertandingan akhir disambutan nuzul al-quran nanti.

Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori; Kategori A – terdiri dari murid-murid tahun 6 dan Kategori B – murid-murid dari tahun 5.

ketika sesi ujian saringan dijalankan

Hakim-hakim saringan hafazan surah yaasin terdiri daripada Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim, Cikgu Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah, Ustazah Norainun binti Samsu, Ustazah Dk Siti Nurul Ihsan binti Pg Mohd Sahar dan Ustazah Nurhazita binti Hj Metusin.

hakim-hakim sedang berbincang mengenai dengan keputusan yang diperolehi

Berikut adalah 10 peserta yang terpilih ke peringkat akhir;

TAHUN 5
Nurzafirah bte Jailani
Norsabrina bte Ratna
Amal Hadzimatul Nadzirah bte Nor Irdi
Nurul Wasilah @ Ainul Basirah bte Hj Bakar
Siti Nur Adibah bte Hj Matnor

TAHUN 6
Dk Siti Nur Atiyah bte Pg Hj Mahdani
Zakirah Syakirah bte Hj Abd Rahman
Rashidah bte Saidin
Aqilah bte Hj Hermanizam
Nurien Syukrena bte Hj Sulong