Sambutan Nuzul Al-Quran

KHAMIS, 2 SEPTEMBER 2010 – SURAU SPABSB
Artikel oleh Alai Zah Foto oleh Faaizah

Pada hari terakhir penggal ke tiga persekolahan bertempat di surau SPABSB telah diadakan satu majlis Pertandingan Menghafaz Surah Yaasin Peringkat Akhir bersempena dengan Sambutan Nuzul Al-Quran yang dikendalikan oleh Jabatan Al-Quran dan Matematik SPABSB.

hakim-hakim pertandingan yang telah dilantik
Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori; Kategori A - murid-murid tahun 6 dan Kategori B - murid-murid daripada tahun 5. Setiap kategori diwakili oleh 5 orang peserta yang telah terpilih diperingkat saringan.

salah seorang peserta kategori A dari tahun 6 Azraq
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Duraman. Pertandingan dimulakan dengan Kategori A dan diikuti dengan Kategori B. Acara juga diselajurkan dengan Penyampaian Sumbangan Derma dan Saguhati kepada Anak-Anak Yatim.

Diakhir majlis, keputusan pertandingan telah diumumkan oleh Ustazah Hjh Norainun bte Hj Samsu dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang-pemenang dan hakim-hakim Pertandingan disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati bte Ahmad.

salah seorang pemenang kategori B dari tahun 5 Ahmar
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang sekali lagi dibacakan oleh Ustaz Haji Rosdiman bin Haji Duraman.