Peraduan Mewarna 'Kempen Anti-Rokok dan Tembakau

SELASA, 31 OGOS 2010 – SPABSB
Artikel oleh Qistina Foto oleh Raheemah

Bersempena dengan Kempen Anti-Rokok dan Tembakau yang telah lalu, Unit 3K SPABSB telah mengadakan peraduan mewarna khusus buat murid-murid yang tidak terlibat di dalam acara saringan menghafaz surah yaasin yang berlangsung pada hari yang sama.


Peraduan mewarna tersebut berlangsung dikelas masing-masing dan dibahagikan kepada dua kategori; Kategori A bagi murid-murid tahun 5 dan Kategori B bagi murid-murid tahun 6. Semua kertas-kertas lukisan diedarkan kepada murid-murid dan dikembalikan semula kepada Ketua Unit 3K Cikgu Hj Shahwardy bin Hj Hamdan.