Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan

ISNIN, 30 OGOS 2010 – SURAU SPABSB
Artikel oleh Khairunnisa Foto oleh Ct Aminah

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan, SPABSB telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau SPABSB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati bte Ahmad.

guru-guru lelaki dan kakitangan SPABSB
Acara diikuti dengan bacaan doa sebelum membaca Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Duraman. Kemudian bacaan surah-surah Al-Quran dari Surah Ad-Duha sehingga Surah An-Nas dibacakan beramai-ramai dan diselajurkan dengan tahlil arwah dipimpin oleh Cikgu Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah. Manakala bacaan doa khatam Al-Quran dibacakan oleh Ustaz Pg Hj Md Hakimuddin bin Pg Hj Hashim.



Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban dan guru-guru serta murid-murid menerima bunga telur yang disampaikan oleh Guru Besar SPABSB.

Guru Besar beserta sebahagian guru-guru perempuan SPABSB