Sambutan Memperingati Isra' dan Mikraj

RABU, 14 JULAI 2010 - SPABSB
Artikel oleh Nur Farhana Al Foto oleh Raheemah

Bertempat di Surau SPABSB telah berlangsung majlis sambutan memperingati Isra` dan Mikraj yang diunkayahkan oleh Jabatan Bahasa Melayu dan Social Studies Department. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiran semua pegawai, guru dan murid-murid masuk ke Surau. Acara didahulukan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Cikgu Haji Shahwardy bin Haji Hamdan.

persembahan bacaan rawi
Sebagai pembuka tirai majlis, bacaan rawi dipersembahkan oleh murid-murid daripada tahun 6 dan diikuti dengan ceramah memperingati Isra’ dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustazah Hajah Noorizah binti Haji Abidin. Acara kemudiannya diikuti dengan soalan kuiz spontan yang dipengerusikan oleh Cikgu Nazirah binti Azizan. Hanya murid-murid yang memegang nombor yang dipanggil akan berpeluang menjawab soalan kuiz tersebut.

murid-murid sedang mendengar ceramah


kuiz spontan yang di ajukan oleh Cikgu Nazirah bte Azizan
Di akhir majlis, Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad telah menyempurnakan penyampaian sijil, hadiah dan cenderahati kepada penceramah, pemenang-pemenang kuiz, murid-murid dan guru-guru pengawas yang telah mengikuti aktiviti-aktiviti ko-kurikulum sekolah dan guru-guru pelatih yang menamatkan kursus pengajaran mereka di SPABSB. Setelah itu salah seorang wakil daripada guru pelatih menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah.
salah seorang guru pelatih yang menamatkan kursus pengajaran di SPABSB
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah dan guru-guru beredar ke Dewan serbaguna SPABSB untuk menikmati jamuan.