Majlis Bersungkai dan Sembahyang Terawih

SELASA, 17 OGOS 2010 – SURAU SPABSB
Artikel oleh Raisah Foto oleh Hostelgurls

Bertempat di Surau SPABSB telah berlangsung majlis bersungkai dan sembahyang terawih yang melibatkan murid-murid asrama bersama dengan pegawai-pegawai, guru-guru dan warga daripada Jabatan Pengajian Islam.


Acara bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Noorizah bte Hj Abidin dan diteruskan dengan bacaan surah yaasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Alimin bin Hj Rashid dan bacaan tahlil dan doa oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya.

mengambil air minuman dan cendol untuk juadah bersungkai

 
Kemudian majlis bersungkai diadakan di Surau dan seterusnya menunaikan sembahyang fardhu maghrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Duraman. Setelah selesai menunaikan sembahyang barulah para jemputan dan murid-murid beredar ke dewan serbaguna untuk menikmati jamuan.


Majlis kemudiannya diteruskan dengan menunaikan sembahyang fardhu isya berjemaah diikuti dengan sembahyang terawih dan witir yang diimamkan oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah.