Lawatan Hari Terbuka 20 Tahun Ma'had Islam Brunei

KHAMIS, 5 OGOS 2010 - SPABSB
Artikel oleh Haa Fyzhah Foto oleh Azwa Crew

Sekolah Persediaan Arab BSB hari ini telah menghadiri satu undangan Hari terbuka daripada Ma'had Islam Brunei bersempena dengan ulangtahun 20 tahun penubuhan Sekolah Ma'had Islam Brunei yang terletak di Daerah Tutong. Hari terbuka selama 2 hari ini telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung-pengunjung terutamanya murid-murid sekolah.

aksi murid menunggang motosikal ATV
Di antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah aktiviti menunggang kuda, menunggang motosikal, flying fox dan menunggang motosikal ATV. Terdapat juga beberapa gerai-gerai jualan yang didirikan menjual makanan dan minuman, buku-buku bacaan, peralatan dan perkakas sekolah dan lain-lain lagi.

mendengar penerangan daripada unit biro kawalan narkotik
guru-guru pengawas juga tidak melepaskan peluang untuk menunggang kuda
Kuiz spontan juga diadakan kepada para pengunjung dengan hadiah berupa tiket percuma untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Manakala di dalam Dewan Utama pula terdapat beberapa bahan pameran yang terdiri daripada beberapa bahagian yang dijemput seperti Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Kadet Tentera dan lain-lain lagi.

aktivti "flying fox"