Hari Pelanggan KHEU 2010 kali ke 5

ISNIN, 2 OGOS 2010 – KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
Artikel oleh Nuur Faaizah dan Foto oleh Nursuziyani

Seramai 22 orang murid dan 3 orang guru pengawas SPABSB telah dibawa ke pameran Hari Pelanggan yang berlangsung di bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama Jalan Menteri Besar. Hari Pelanggan yang dianjurkan adalah buat kali yang ke 5 dan berlangsung selama 4 hari bermula Hari Sabtu 31 Julai 2010 sehingga Hari Rabu 4 Ogos 2010.

“beriltizam dalam perkhidmatan” 

Hari pelanggan KHEU 2010 kali ke 5 bertemakan “beriltizam dalam perkhidmatan” dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah disusun diantaranya pameran dan kuiz Hari Pelanggan, klinik hafazan dan pembacaan Al-Qur'an, Azan dan bacaan khutbah. Terdapat juga aktiviti seperti teka kuiz hari-hari Kebesaran Islam / mari bercerita / mengenal abjad dan peraduan menyusun gambar.


Beberapa taklimat juga telah berlangsung disepanjang hari tersebut diantaranya taklimat prosedur permohonan haji, ceramah aqidah, taklimat halal, taklimat prosedur permohonan pengajian dan taklimat bantuan barang-barang harian kepada fakir miskin / saudara-saudara baru.


 sedang melayari internet untuk mencari jawapan Kuiz Hari Pelanggan

Hari pelanggan KHEU 2010 kali ke 5 memberi peluang kepada para jemputan dan orang ramai menyaksikan pameran KHEU, jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawahnya.