SABTU, 7 OGOS 2010 - SPABSB
Artikel oleh Ct Aminah Foto oleh Nina dan Raisah
Semoga dengan adanya ceramah motivasi ini dapat memberikan murid-murid keupayaan untuk bersedia secara mental dan fizikal sebelum menghadapi peperiksaan.

Sebagai persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan PSR yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti, murid-murid tahun 6 SPABSB telah mengikuti satu sesi ceramah motivasi yang diadakan di Dewan Serbaguna SPABSB.
Penceramah motivasi Cikgu Emran bin Hj Abd Rani dari Bahagian Kaunseling Jabatan Pengajian Islam menyampaikan ceramah motivasi bertajuk “Study Smart” yang mana melengkapkan murid-murid dengan persediaan mental dan fizikal sebelum menghadapi peperiksaan.
Ceramah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan penerangan beberapa teknik belajar dan tips-tips mengulangkaji pelajaran. Beberapa aktiviti juga diadakan seperti melukis dan melepaskan diri daripada ikatan tali secara berpasangan.
Penceramah Motivasi Cikgu Emran bin Hj Abd Rani |