KHAMIS, 29 JULAI 2010 – PENTAS PERAYAAN BSB
Artikel oleh Khairiyah Mumtazah dan Foto oleh Azwa Senpai
Bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 64 Tahun, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengikuti satu persembahan pentas bercorak keugamaan yang diadakan di pentas perayaan Bandar Seri Begawan berhadapan dengan bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja.
murid-murid sempat bergambar bersama dengan Guru Besar dan mentor sebelum acara persembahan bermula
Acara persembahan dikendalikan oleh gabungan Unit Sekolah-Sekolah Arab dan Unit IRK (Menengah, Teknikal dan Vokasional). Turut hadir pada malam tersebut ialah tetamu khas Haji Idris bin Haji Aji Ketua Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Ustaz Awg Hj Rudyman bin Pengarah Haji Abdullah.
murid persembahan bacaan rawi dari SPABSB
persembahan murid-murid dari SUAMPRIPAD
Unit Sekolah-Sekolah Arab yang terdiri daripada murid-murid SPABSB telah mempersembahkan bacaan rawi dan mari bercerita dalam bahasa arab yang bertajuk “Burung yang Bijaksana”. Murid-murid dari SUAMPRIPAD pula mempersembahkan dua sajak di dalam bahasa arab dan juga bahasa inggeris, persembahan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa arab dan hadrah. SAJ juga turut serta mempersembahkan mari bercerita dalam bahasa melayu dan persembahan nasyid.
persembahan mari bercerita dalam bahasa arab yang bertajuk “Burung yang Bijaksana"
persembahan nasyid dari SAJ
Manakala guru-guru dari Unit IRK (Menengah, Teknikal dan Vokasional) turut sama mempersembahkan beberapa persembahan berbentuk pantun, kuiz keputeraan, syair dan tausyeh. Walaupun hujan turun pada malam tersebut namun para tetamu dan penonton masih setia untuk menyaksikan persembahan tersebut.