Pertandingan Kuiz General Paper Peringkat PSR 2010

KHAMIS, 22 JULAI 2010 - SPABSB
Artikel oleh Nursuziyani Foto oleh Khairiyah Mumtazah

Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan hari ini telah menjadi tuan rumah bagi mengendalikan pertandingan akhir kuiz General Paper peringkat PSR di antara Sekolah Arab Jerudong dan Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ustazah Hjh Norjainah bte Hj Buntar Ketua Unit Sekolah-sekolah Arab Jabatan Pengajian Islam.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Rodzee Ashraf bin Hj Abd Rahim dan diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis. Sekolah Arab Jerudong telah menghantar wakil mereka yang terdiri daripada Ahmad Syaqie bin Hj Satia, Nurarif bin Hj Rosli@Aiman dan Muhd Nazirul Mubeen bin Hj Nor Hisyam. Manakala wakil daripada Sekolah Persediaan Arab pula ialah Nurhaziqah bte Hj Abd Halim, Nuratiqah bte Asmadi dan Nur Sariy Shahmina bte Jaffri.

juara daripada Sekolah Arab Jerudong

Pertandingan kuiz dipengerusikan oleh Cikgu Liyana bte Hj Majid dengan dibantu oleh Cikgu Nur ‘Izzaty Asrina bte Hj Mohd Hashim selaku pengira masa, Cikgu Rosdiana bte Awg Tengah selaku pengira markah dan Cikgu Nurul Hayat bte Hj Md Kasim selaku pembentang layar powerpoint. Pertandingan kuiz dibahagikan kepada 3 pusingan iaitu pusingan perseorangan, pusingan berkumpulan dan pusingan bonus.

Naib Johan Sekolah Persediaan Arab BSB

Satu persembahan nasyid moden dari Sekolah Persediaan Arab bertajuk “Raja Berdaulat” telah dipersembahkan oleh gabungan murid-murid dari tahun 5 dan 6. Johan pertandingan kuiz jatuh kepada Sekolah Arab Jerudong dengan mendapat 33 mata dan Sekolah Persediaan Arab ditempat kedua dengan 32 mata. Mahad Islam Brunei ditempat ketiga dan Sekolah Arab Temburong ditempat keempat.

penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat oleh guru besar SPABSB

Penyampaian hadiah dan cenderahati disempurnakan oleh tetamu kehormat kepada hakim-hakim jemputan dan pemenang-pemenang kuiz pertandingan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Rodzee Ashraf bin Hj Abd Rahim.