Sukan Ria SPABSB 2010

KHAMIS, 3 JUN 2010 – PADANG MAKTAB DULI GADONG
Artikel oleh Qistina Foto oleh Azwa Crew

SPABSB hari ini telah mengadakan Sukan Ria 2010 bertempat di padang Maktab Duli Pengiran Muda Mahkota Gadong. Acara dimulakan dengan perbarisan pagi dan menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi bersama Sukan Ria Cikgu Abd Hamid bin Hj Mohd Yamin.

tema sukan ria 2010 "hidup sihat generasi hebat"
bergambar bersama maskot rumah Produktif
Perasmian Sukan Ria dilaksanakan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad dan bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah. Turut hadir pada acara tersebut dua hakim jemputan khas iaitu; Cikgu Hj Md Hussin bin Hj Md Salleh dan Cikgu Emran bin Hj Abd Rani yang akan menghakimi bagi acara perbarisan lalu.

rumah Proaktif
rumah Produktif
rumah Progresif
Sebanyak 6 buah rumah sukan mengikuti acara yang dipertandingkan iaitu; Rumah Proaktif, Rumah Produktif, Rumah Progresif, Rumah Informatif, Rumah Inovatif dan Rumah Inisiatif. Sebanyak 12 acara sukan dipertandingkan bagi tahun ini iaitu;

01) lari bawa bola-berganti-ganti
02) lari dalam guni berganti-ganti
03) lari berhalangan murid
04) lari kepit bola berganti-ganti
05) lari berhalangan (guru)
06) mesej berantai (guru)
07) lari 100m X 4
08) modelling
09) lari pecut 100m (guru)
10) kerusi berirama
11) tarik kalat berpasukan (guru)
12) larian fun runners
rumah Inovatif
rumah Informatif
rumah Inisiatif
Secara keseluruhan rumah sukan dijuarai oleh Rumah Produktif dengan (45.5 mata), di tangga kedua Rumah Informatif (43.5 mata), di tangga ke tiga dan keempat Rumah Inisiatif dan Inovatif, masing-masing memunggut (40 mata). Di tangga kelima Rumah Proaktif dengan (33.5 mata) dan di tangga keenam Rumah Progresif dengan (32 mata)
juara lari bawa bola berganti-ganti
Penyampaian hadiah disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad.