SELASA, 1 JUN 2010 - SPABSB
Artikel oleh Haa Fyzhah Foto oleh Ct Aminah

Sebagai langkah persediaan sebelum menduduki peperiksaan PSR pada bulan Oktober ini, murid-murid tahun 6 telah di aturkan untuk mengikuti satu pemeriksaan kesihatan di Dewan serbaguna SPABSB yang dijalankan oleh beberapa kakitangan daripada Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam. Pemeriksaan tersebut dijalankan selama dua hari dan bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 3:30 petang.
Murid-murid pada mulanya akan di ambil timbangan berat badan dan ketinggian dengan menggunakan peralatan khas yang disediakan. Selepas itu pemeriksaan asas kebersihan dijalankan dari segi penjagaan kebersihan berpakaian dan tubuh badan.
Ujian pemeriksaan mata juga dijalankan terhadap murid-murid. Sepanjang ujian, murid-murid yang didapati menghadapi masalah seperti kurang penglihatan akan diaturkan dengan satu perjanjian untuk perjumpaan dengan pakar doktor mata.
murid-murid diambil timbangan berat badan |