Pertandingan Nasyid Moden

KHAMIS, 20 MEI 2010 - SPABSB
Artikel oleh Faizah Foto oleh Khairunissa

Di Surau SPABSB telah berlangsung pertandingan nasyid moden yang dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum dan Pelajaran Lanjutan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama. Pertandingan tersebut menyaksikan hanya 2 penyertaan daripada SPABSB dan SUAMPRIPAD.

bacaan rawi oleh Cikgu Hj Hussin bin Hj Mohd Salleh daripada unit kenaziran
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya. Kemudiannya para jemputan diperkenalkan kepada hakim-hakim jemputan yang terdiri daripada Unit Kenaziran dan Unit Kajian Latihan dan Dermasiswa.



SUAMPRIPAD selaku juara pertandingan mendendangkan nasyid bertajuk “Menjunjung Kasih” manakala naib johan SPABSB mendendangkan nasyid bertajuk “Raja Berdaulat”. Satu persembahan bacaan Rawi juga telah dibacakan oleh Cikgu Hj Hussin bin Hj Mohd Salleh daripada Unit Kenaziran.


Hadiah-hadiah dan cenderahati disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad kepada pemenang-pemenang dan hakim-hakim jemputan. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan.