Taklimat Ujian Penilaian Kecergasan

SABTU, 17 APRIL 2010 - SPABSB
Artikel oleh Khadijah Foto oleh Azwa Senpai

Pada petang Sabtu bertempat di surau SPABSB, beberapa tenaga pengajar pendidikan jasmani telah mengikuti satu taklimat penerangan mengenai tatacara menjalankan ujian penilaian kecergasan yang akan bermula pada minggu ini iaitu minggu ke 15 sehingga ke minggu 19.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Guru Pendidikan Jasmani Ustaz Mohd Rodzee Ashraf bin Hj Abd Rahim. Beberapa tempat lokasi telah dimaklumkan sebagai tempat yang sesuai untuk menjalankan ujian dan guru-guru juga diterangkan tentang kaedah pengiraan markah yang betul bagi setiap ujian penilaian yang akan dilaksanakan.

Berikut adalah jadual ujian penilaian tersebut:

Minggu (15)
19-24 April - 2010 Sukat tinggi/Timbang berat/Kiraan BMI/Pemerhatian Kesihatan

Minggu (16)
26-01 Mei 2010 - Duduk dan jangkau/Bangkit tubi

Minggu (17)
03-08 Mei 2010 - Guling hadapan

Minggu (18)
10-15 Mei 2010 - Lari 10m X 4/Lari selang petak

Minggu (19)
17-22 Mei 2010 - Lari pecut 50m/Lompat jauh berdiri