Perjumpaan Ibubapa dan Menandatangani Rekod Kemajuan

SABTU, 17 APRIL 2010 - SPABSB
Artikel oleh Raheemah Foto oleh Azwa Crew

Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan hari ini telah mengadakan satu majlis perjumpaan di antara Ibubapa/Penjaga dengan guru-guru bagi menandatangani rekod keputusan ujian pertama yang telah berlangsung pada bulan Mac yang lalu.

Perjumpaan tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah berakhir kira-kira pada pukul 12.30 tengahari. Tempat majis tersebut diadakan ialah di kelas masing-masing. Manakala, bagi perjumpaan dengan guru subjek pula telah  diadakan di dewan serbaguna SPABSB.

Walaupun para ibubapa/penjaga menghadapi kesukaran disebabkan keadaan tempat letak kereta yang penuh sesak, para ibubapa/penjaga  tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menghadiri ke majlis perjumpaan dan menandatangani rekod pada hari tersebut.

Suasana meriah dapat dirasai oleh murid-murid apabila mendapati mereka lulus dan berjaya di dalam peperiksaan tersebut. Begitu juga dengan dengan para Ibubapa/penjaga, mereka merasa berpuas hati dengan keputusan dan pencapaian yang telah diperolehi oleh anak-anak mereka.