Lawatan ke Galeri SMALHB dan Pameran Sekolah-sekolah Arab

KHAMIS, 29 APRIL 2010 - SPABSB
Artikel oleh Khairiyah Mumtazah Foto oleh Azwa Crew

Pada 28 April 2010 bertempat di Dewan Besar SMALHB telah berlangsung majlis penyampaian Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei dan Hadiah kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Mohd Zain bin Haji Serudin Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.


Seramai 112 graduan telah berjaya menamatkan dan menerima sijil STPUB yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Aturcara majlis pada hari tersebut termasuk lawatan ke bilik galeri SMALHB dan bilik pameran sekolah-sekolah arab. SPABSB juga tidak ketinggalan ikut serta dalam pameran tersebut.


Pada keesokkan harinya seluruh warga SPABSB yang terdiri daripada pegawai, guru-guru dan murid-murid tahun 5 dan 6 mengadakan lawatan ke galeri SMALHB dan bilik pameran tersebut.