Lawatan ke Bazar Amal KUPU SB

KHAMIS, 29 APRIL 2010 - SPABSB
Artikel oleh Norsuzyani Foto oleh Azwa Crew

Bersempena dengan majlis penutupan Ko-kurikulum II Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, satu bazar amal telahpun diadakan di Dewan Utama Kolej Universiti berkenaan. SPABSB mengadakan lawatan ke bazar amal tersebut yang mana hanya berlangsung selama dua hari  sahaja. Hasil daripada jualan tersebut akan didermakan kepada tabung kebajikan anak-anak yatim peringkat kebangsaan.

Terdapat buku-buku bacaan dan rujukan dijual oleh beberapa pengedar dari kedai-kedai buku tempatan. Unit dari bahagian Pusat Dakwah Islamiah dan Bahagian Jabatan Mufti juga tidak ketinggalan dalam ikut serta mengikuti jualan bazar amal pada hari tersebut.

Makanan dan minuman ringan juga boleh didapati pada bazar amal tersebut, disamping terdapat juga bahan pameran yang dipersembahkan oleh Bahagian Biro Kawalan Narkotik.

Bagi menyemarakkan lagi jualan bazar amal pada hari tersebut, para-para pengunjung juga disediakan dengan hadiah yang menarik bagi sesiapa yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul pada hari tersebut.