Ceramah dan Kuiz Kesihatan 'Gaya Hidup Sihat'

RABU, 17 MAC 2010 - SPABSB
Artikel oleh Azwa Senpai Foto oleh Nina

Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah setelah selesai ujian bulanan pertama ialah mengadakan ceramah kesihatan yang telah disampaikan oleh penceramah undangan Haji Juniadee iaitu seorang Pegawai Pelajaran Kesihatan daripada Pusat Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan.

Ceramah beliau menerangkan kepada murid-murid tentang bagaimana cara mengamalkan gaya hidup sihat, pengawalan pengambilan makanan yang berkhasiat, keperluan untuk melakukan senaman fizikal dan keburukan daripada menghisap rokok.

Pada ceramah tersebut juga, pihak sekolah mengambil kesempatan untuk mengadakan kuiz kesihatan yang mana soalannya terdiri daripada bahan-bahan ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah undangan.

Hadiah-hadiah pemenang kuiz kesihatan telah disampaikan oleh Cikgu Zulfa binti Abdul Rahman.