Sambutan Majlis Maulidur Rasul SAW

KHAMIS, 25 FEBRUARI 2010 - SPABSB
Artikel oleh Raisah Foto oleh Raheemah

Acara yang mengambil tempat di surau SPABSB tersebut dimulakan pada pukul 2 petang dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya. Bacaan dikir qasidah dipimpin dan diketuai oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah, manakala bacaan rawi pula telah dibacakan oleh Cikgu Hj Md Hussin bin Hj Mohd Salleh yang juga merupakan tetamu undangan pada sambutan majlis tersebut.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang sekali lagi dibacakan oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya. Sebelum beredar meninggalkan surau, murid-murid diberikan dengan bekalan campur yang telah disediakan oleh pihak sekolah.