Lawatan ke Pesta Buku 2010

RABU & KHAMIS, 24 & 25 FEBRUARI 2010 - SPABSB
Artikel oleh Ct Aminah Foto oleh Khadijah

Bersempena dengan sambutan ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 tahun, dewan bahasa dan pustaka sekali lagi telah menganjurkan pesta buku brunei yang diadakan di stadium tertutup kompleks sukan Hassanal Bolkiah.

Guru-guru dan murid-murid dari SPABSB tidak melepaskan peluang untuk mengadakan lawatan ke pesta buku tersebut. Lawatan itu telah dibahagikan kepada dua rombongan; iaitu rombongan pertama terdiri daripada murid-murid dari tahun 5 dan beberapa guru pengawas pada hari Rabu 24 Februari. Manakala rombongan kedua pula terdiri daripada murid-murid tahun 6 bersama beberapa guru pengawas pada Hari Khamis 25 Februari.

Sebanyak 13 buah van sekolah dan 2 buah bas persendirian telah diluluskan dan disediakan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam untuk membawa kesemua guru-guru dan murid-murid ke lawatan pesta buku tersebut.