Membaca Doa Menghindar Gangguan dan Merawat Bangunan SPABSB

ISNIN, 16 MEI 2011 - SURAU SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Seramai 40 orang perawat dan ahli daripada Darussyifa Warafahah telah mengunjungi SPABSB.



Beberapa orang pegawai dari Jabatan Pengajian Islam serta guru-guru dan kakitangan SPABSB juga turut hadir pada majlis tersebut dengan mendirikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis kemudiannya diikuti dengan membaca Surah Yasin dan Dzikir Syifa dan bersembahyang Fardhu Isya' berjemaah.


Perawat daripada Darussyifa yang dibahagikan mengikut 8 kumpulan berjalan mengelilingi dan melakukan rawatan terhadap bangunan-bangunan SPABSB bagi menghindarkan daripada segala jenis bentuk gangguan.


Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati yang disampaikan oleh Guru Kanan Pentadbiran I Ustaz Pg Hasinol Zamri bin Pg Hj Piut.