Lawatan dari Sekolah Ugama Katimahar

KHAMIS, 15 APRIL 2010 – SPABSB
Artikel oleh Qistina Foto oleh Azwa Senpai

SPABSB hari ini sangat bertuah kerana buat pertama kalinya menerima rombongan lawatan daripada murid-murid Sekolah Ugama Katimahar. Rombongan tersebut yang terdiri daripada 3 orang guru pengawas beserta dengan lebih kurang 50 orang murid-murid Sekolah ugama tersebut.

Acara bagi rombongan lawatan bermula dengan mendengar taklimat ringkas di surau SPABSB. Taklimat dipengerusikan oleh Cikgu Hjh Susilawati binti Hj Awg Muhammad yang mana dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Alimin bin Hj Rashid.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad yang menyentuh mengenai dengan latar belakang sekolah, aktiviti harian dan mata pelajaran yang diajarkan di Sekolah ini. Rombongan lawatan kemudiannya dibawa melawat ke kelas-kelas untuk melihat sendiri keadaan pembelajaran di SPABSB.

Rombongan lawatan kemudiannya dihidangi dengan jamuan ringan, dan sebelum mengakhiri lawatan pihak SPABSB dan Sekolah Ugama Katimahar  sempat bertukar-tukar cenderahati dan bergambar ramai.